Tropika Baby Herbal Cream - Krim Herba Bayi - Retail dan Borong murah
BABY HERBAL CREAM TROPIKA (50g)
Pasaran rm39.90 - Promosi skrng Rm27.00
Order skrng.....
QUICK OVERVIEW
Krim telon herba atau viks herba.Krim ini dirumus sebagai rawatan 2 dalam 1:
Sebagai krim telon untuk mencegah dan merawat perut kembung, perut berangin, colics dan permasalahan lain yang biasa dihadapi oleh bayi.
Sebagai viks untuk merawat batuk, selsema dan wheezing – nafas berbunyi.
BABY HERBAL CREAM TROPIKA – krim telon herba atau viks herba krim ini dirumus sebagai rawatan 2 dalam 1
1. Sebagai krim telon untuk mencegah dan merawat perut kembung, perut berangin, colics dan permasalahan lain yang biasa dihadapi oleh bayi.
2. Sebagai viks untuk merawat batuk, selsema dan wheezing – nafas berbunyi.
Krim ini dirumus menggunakan minyak kelapa dara, halia, minyak kayu putih serta beberapa lagi herba tropika. Ia tidak mengandungi sebarang bahan sintetik atau steroid atau parabens yang boleh menyebabkan masalah sampingan samada jangka pendek atau panjang. Krim telon herba / viks herba TROPIKA dijamin HALAL kerana ia dikilangkan sendiri oleh pengilang bumiputra Muslim tanpa melibatkan sebarang unsur atau bahan yang haram.
Kita pernah dikejutkan dengan berita minyak telon yang banyak digunakan oleh orang Islam di negara kita yang mengandungi bahan yang haram. Oleh itu beralihlah daripada mengguna produk-produk yang kita was-was kepada produk keluaran orang Islam yang pastinya selamat dan HALAL.
CARA PENGGUNAAN
Cara penggunaan krim telon herba / viks herba TROPIKA, rawatan 2 dalam 1
1. Sebagai krim telon - setiap kali selepas mandi sapukan krim pada telapak kaki bayi, perut dan sendi-sendi. Sapu dan gosok perlahan-lahan sehingga krim meresap ke dalam kulit. Krim ini apabila dipakai pada bayi ia tidak panas dan tidak mendatangkan radang kepada kulit bayi.
Amalkan penggunaan krim telon herba ini samada sebagai mencegah atau merawat perut kembung, peru tberangin dan colics. Bagi bayi yang belum gugur pusat, ketika menyapu krim pada perut elakkan menyapu krim di pusat tersebut. Bukanlah bahaya, cuma tidak mahu menyentuh bahagian yang masih sensitif.
2. Sebagai krim viks – apabila ada tanda-tanda selsema atau berhingus atau kahak yang boleh menyebabkan pernafasan berbunyi dan terganggu, sapu krim pada dada dan belakang bayi, buat seperti viks. Gosok-gosokkan krim pada dada bayi dan bahagian atas belakang, terutama ketika tidur malam, supaya wap krim disedut / hidu oleh bayi. InsyaAllah, selsema dan hingus akan berkurangan dan kahak akan keluar dan nafas berbunyi / wheezing akan berhenti. Ulangkan sapuan setiap 2 – 3 jam sekali sehingga masalah diatasi. Elakkan menyapu krim pada muka, pipi atau hidung. Bahagian-bahagian ini kulit lebih sensitif dan boleh berlaku radang kulit. Kami sarankan kepada ibu-ibu, kalau nak sapu di hidung, cubalah sedikit-sedikit dan perhatikan reaksi kulit bayi.
Kita juga tidak menggalakan menyapu krim pada muka, pipi atau hidung atau di tempat-tempat yang terdedah kepada sentuhan tangan bayi, kalau-kalau bayi menyentuh tempat-tempat tersebut kemudian dibawanya ke mata. Sebab itu kita sarankan disapu di dada dan di bahagian atas belakang dan dipakaikan baju untuk bayi tersebut.
Semua produk-produk TROPIKA boleh disimpan lama, tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk, cukup ditutup rapat dan disimpan di tempat yang udara boleh berputar, jauh dari sinaran matahari dan juga suhu yang tinggi.
ISI KANDUNGAN:
1. minyak kelapa dara
2. ekstrak halia
3. minyak kayu putih